Ahad, 26 Februari 2023

13 Minggu Mengandung | Penghujung Trimester Pertama!

 Assalamualaikum & Hai semua!

Alhamdulillah Harini genap 13 minggu Lynn mengandung dan minggu lepas ada jumpa doktor untuk scan nak pastikan tarikh bersalin yang sebenar (EDD), doktor sahkan tarikh EDD adalah pada 4 September 2023.. Semoga semuanya selamat sehingga Lynn selamat melahirkan.. Aamin2. 

Sebenarnya setiap kali mengandung, (walaupun Lynn baru je 3 kali mengandung termasuk kali ni) Lynn agak takut sikit sebab masa anak 1st Lynn bertahan 19minggu sahaja.. Jadi masa anak kedua dijaga rapi la jugak, banyak follow up dengan pakar hospital untuk pastikan kandungan selamat dan Alhamdulillah dah 5 tahun dah beliau.. Dan, kali ni Lynn harap sangat semuanya dipermudahkan.. 

Untuk alahan, Masa 6 minggu sampai penghujung 9 minggu tu memang agak sakit la bagi Lynn.. Sebab mabuk jugak la, tapi menariknya mabuk waktu malam sahaja. Siang ok je kehidupan Lynn.. hehe.. Tapi ada satu hari tu, siang pun mabuk jugak, sampai termuntah banyak depan orang ramai.. Malu tapi buat2 tak malu la.. heheheh... 

Mengandung kali ni Lynn tak sempat praktis TTC, sebab tau-tau mengandung. Plannya memang nak buat TTC macam anak kedua dulu.. tapi tula, perancangan Allah tu lebih hebat kan. hehe.  Masa blog dulu ada Lynn Kongsikan tentang TTC. Menarik sebenarnya kalau kita buat TTC ni.. InsyaAllah kalau berkesempatan Lynn Cerita pasal TTC ni ya. 

Ok la.. Macam ibu-ibu yang lain, Lynn pun tak terkecuali la, bersemangat tengok perkembangan anak dalam kandungan macam mana rupanya. Sampai dua apps Lynn download untuk dapatkan maklumat.. hehe.. Jom kita tengok apa khabar anak 13 minggu kita ni. hihi 

sumber gambar dari theAsianparent


Perkembangan Anak 

Mengikut Apps Pregnancy yang Lynn download dalam phone, pada usia kandungan 13 minggu, janin kita telah terbentuk sepenuhnya dan telah membesar sebesar saiz buah pic!  Kalau dalam gambar Asian Parent tu buah Star Apple.. sama je kot saiz nya. hehe. Masih lagi kecil tapi kalau scan dah nampak dia melompat-lompat dah. hehe. 

Kalau sebelum ni scan, cuma nampak macam berudu, kali ni kalau scan dah lebih nampak lebih pada manusia disitu. Nampak dah degupan jantung dia dan kalau mesin scan canggih, boleh dah tau jantina dia.   Menariknya pada minggu ini, cap jari baby telah terbentuk.. 

Kulit baby pula, masih lagi lutsinar tapi bulu halus atau lanugo dah mula tumbuh untuk lindungi kulit baby anda. 

Peti Suara

Uweeekk. Uweekkk.. Tula suara pertama baby bila dia keluar ke dunia ni kan.. Tapi! Haa.. pada minggu 13 ni, Peti suara anak kita sedang terbentuk dan sedang mula praktis nak menggegar dunia beberapa bulan lagi. hehe.. 

Walaupun kita tak dengar lagi anak kita bunya suara, tapi percayalah, beliau sedang praktis mengasah vocal mereka untuk di gunakan bila dah melihat dunia kelak.   Dalam pada vocal yang sedang terbentuk tu, mulut bayi kita juga sedang membentuk dengan lebih sempurna. Kalau bernasib baik, waktu kita pergi scan, kita nampak anak kita tu tengah hisap jari nya. hehe. comel nya!

Pembentukan Usus

Selain Peti Suara, Usus anak kita juga sedang terbentuk dengan cepat.  Buat masa ni, usus masih lagi membesar didalam kaviti antara tali pusat, tapi tak lama lagi akan berpindah ke bahagian kaviti abdomen bayi anda dan mengalami pembentukan dengan lebih lagi.  

Tak jauh daripada abdomen anak kita, tali pusat sekarang telah bersambung dengan uri dan juga akan terus membesar bersama.  Walaupun sistem pencernaan belum lagi boleh mendapat makanan, tapi uri dan tali pusat adalah sumber nutrisi untuk bayi kita.  

Haaa.. begitulah keadaannye 13 minggu ni..

Untuk mak dia pulak.. 

Setakat ni rasa alahan tu kurang dah.. cuma. kadang-kadang tu datang jugak mualnya..
Tapi kali ni lebih pada gatal-gatal badan. katanya itu alahan mengandung nanti dah bersalin hilang. 
Mudah-mudahan hilang betul lah kan. Aamin....

Itu sajalah. nanti kita sambung lagi. byeee. 
Oh ya, kalau rajin follow lah kite. heehe

Khamis, 26 Januari 2023

Kejutan 2023


 

Hai semua.. 

Genap sebulan baru kita kembali lagi ye. hehe

Sehari selepas post pertama haritu, kami dikejutkan dengan berita kehamilan anak kedua. haha. 

Terkejut sampai off sebulan post kita ye. hehe.

Takde la, selain itu, sibuk juga dengan aktiviti perpindahan pejabat. ya, setelah berpuluh-puluh tahun di bangunan yang sama akhirnya pengurusan membuat keputusan untuk berpindah. Tak jauh pun, bangunan belakang sahaja. hehe. 

Oh ya, hari ini usia kandungan dah 8 minggu 4 hari. belum pergi scan dan buat buku lagi. mungkin minggu depan. Harap-harap semua nya baik-baik sahaja ye. 

Idea masih tak banyak lagi nak menulis apa. hihi. InsyaAllah harap-harap, semakin hari semakin banyak la idea. contoh macam diary kehamilan ke kan. hehe. mesti menariks. 

Ok, nanti kita post lagi ye. InsyaAllah.. 😍

Selasa, 27 Disember 2022

Posting Pertama di Hujung Tahun 2022!

 


Assalamualaikum!
Ini adalah post pertama dalam blog baru.. 
Sebelum ini ada blog dah dibuat tahun 2009 dan masih lagi boleh diakses.. tapi, untuk tahun kehadapan ni, kita nak yang fresh-fresh je jadi kita buat blog baru.

Tujuan.

Setiap keputusan dibuat mestilah ada bertujuan kan. Tujuan Lynn aktif balik dalam dunia penulisan blog ni ialah, ingin memantapkan semula skill2 menulis. Dah lama sangat tinggal macam dah beku dah otak ni nak menulis. hehehe.
Walaupun boleh je kita tulis panjang-panjang berjela dalam media sosial popular macam facebook tu, tapi tak berapa menjadi pilihan sebab di facebook, ramai kenalan yang kenal kita secara luar alam maya, biasa la.. banyak tanggapan akan singgah kalau kita menulis dan orang tidak setuju dengan penulisan kita. Lynn boleh terima kalau penulisan tu tak dipersetujui tapi Lynn tak boleh terima jika penulisan dijadikan  bahan persendaan oleh orang-orang sekeliling.. Almaklumlah, kita menulis mengikut cara kita tersendiri dan apa yang kita kongsi berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kita semata-mata. Jika terdapat kesilapan boleh ditegur. Lynn tak kisah. Tapi tak setuju jika kesalahan dijadikan bahan untuk persenda. Faham ke tak ye.. Harap kawan-kawan faham la. hihi.. 

Lagipun, untuk blog ni, Lynn memang nak sharing pengalaman-pengalaman Lynn je.. takde penulisan provok-provok dan kebencian tu semua. hehe. semua baik-baik belaka. InsyaAllah,, mana yang tersinggah blog ni, jom la follow Lynn.. 

Oklah, sebagai pembukaan, itu saja dari Lynn.. Salam Perkenalan dari Lynn dan blog baru Lynn.. Jemput Follow Lynn ya.  😁


THRICE THE CHARM GIVEAWAY BY ATIQAH, NABILAH SAMSUDIN & NHHM

Harini kita melapangkan masa join giveaway. Sebagai pendatang baru jugak la dalam blog, kena la beramah mesra ye x. Hehehe.. Sesiapa yang la...