Pages

Selasa, 27 Disember 2022

Posting Pertama di Hujung Tahun 2022!

 


Assalamualaikum!
Ini adalah post pertama dalam blog baru.. 
Sebelum ini ada blog dah dibuat tahun 2009 dan masih lagi boleh diakses.. tapi, untuk tahun kehadapan ni, kita nak yang fresh-fresh je jadi kita buat blog baru.

Tujuan.

Setiap keputusan dibuat mestilah ada bertujuan kan. Tujuan Lynn aktif balik dalam dunia penulisan blog ni ialah, ingin memantapkan semula skill2 menulis. Dah lama sangat tinggal macam dah beku dah otak ni nak menulis. hehehe.
Walaupun boleh je kita tulis panjang-panjang berjela dalam media sosial popular macam facebook tu, tapi tak berapa menjadi pilihan sebab di facebook, ramai kenalan yang kenal kita secara luar alam maya, biasa la.. banyak tanggapan akan singgah kalau kita menulis dan orang tidak setuju dengan penulisan kita. Lynn boleh terima kalau penulisan tu tak dipersetujui tapi Lynn tak boleh terima jika penulisan dijadikan  bahan persendaan oleh orang-orang sekeliling.. Almaklumlah, kita menulis mengikut cara kita tersendiri dan apa yang kita kongsi berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kita semata-mata. Jika terdapat kesilapan boleh ditegur. Lynn tak kisah. Tapi tak setuju jika kesalahan dijadikan bahan untuk persenda. Faham ke tak ye.. Harap kawan-kawan faham la. hihi.. 

Lagipun, untuk blog ni, Lynn memang nak sharing pengalaman-pengalaman Lynn je.. takde penulisan provok-provok dan kebencian tu semua. hehe. semua baik-baik belaka. InsyaAllah,, mana yang tersinggah blog ni, jom la follow Lynn.. 

Oklah, sebagai pembukaan, itu saja dari Lynn.. Salam Perkenalan dari Lynn dan blog baru Lynn.. Jemput Follow Lynn ya.  😁


Tiada ulasan:

Catat Ulasan