Nak Pening ke tak ye kalau macam ni punya perangai.? Hehe.
Cerita nya, anak sulung Lynn tu, si Kakak NZ, baru nak dihantar ke tadika pada tahun ni. umur dia dah 5 tahun. Sebelum ni dia duduk di taska jadi tadika ni satu pengalaman baru la bagi dia.
Sepatutnya, bulan Mac 23 baru tadika mula tapi kitorang dah mula hantar awal Januari haritu sebab yela, taska dah tak terima budak 5 tahun kan. Jadi, kita mula jela terus bulan 1 untuk dia biasakan dengan tadika tu.
Tapi, yang jadi masalah nya, setiap kali tanya seronok tak pergi tadika, jawapan nye tak seronok. huhu.. Tapi bila tengok aktivit-aktiviti yang cikgu-cikgu dia buat, nampak dia seronok je dengan aktiviti tu.. Lynn pun tak tau sebenarnya tak seronok nya kat mana. Bila ditanya, apa yang dia tak seronok, dia cuma jawab tak seronok lah. tapi faktor tak seronok nya dia tak cakap, Bila tanya ada kena marah ke, kena buli ke apa semua takda. tapi dia cakap tak seronok. Yuran Tahunan dah dibayar. Macam mana tu?
Lynn tengok tadika tu ok je. Cikgu-cikgu nya pun ok.. Cuma ada la seorang dua yang agak garang.. Si kakak NZ ni pulak, jenis yang lambat nak sesuaikan diri dengan orang sekeliling, mungkin masih belum dapat adaptasikan diri dengan suasana tadika kot.
Lagipun masa di taska dulu, budak-budak tak ramai. Cikgu pun
sempat la nak bersembang mesra ngan dia. Jadi dia pun selesa lah dengan suasana
taska. Tiba-tiba, bila masuk tadika terkejut juga dia bila tengok ramai betul
budak dan cikgu pun tak sempat nak layan budak satu-satu. Mungkin Kakak NZ rasa
cikgu-cikgu tak bagi perhatian kat dia kot sebab tak dapat nak sembang dengan
dia. Hehe. Nak buat macam mana kan, nak
taknak kena hadap la kan. Kalau nak tukar tadika pun, macam tu juga keadaan
nya.
Jadi sekarang ni, pantau jela keadaan dia macam mana. Setakat
ni, masih terkawal dan tak de Nampak tertekan sangat si kakak tu. Mungkin tak
perlu kot tanya dia seronok ke x buat masa ni. Hihi. Kita biar dia cerita yang
indah-indah sahaja.
Itu jelah cerita si Kakak NZ ni. Hehe. Nanti ada masa kita
sembang lagi ya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan